Firefox Preview 3.0 Untuk Android Hadir Dengan Perlindungan Daripada Iklan & Penjejakan Yang Ditambah Baik

https://ift.tt/2R03J2L

Firefox adalah pelayar web yang juga sedia dikenali ramai. Tidak kira pada web atau peranti mudah alih, pasti akan ada pengguna yang gemar akan pelayar web dari Mozilla ini. Malah, kami di Amanz juga menggunakan Firefox sebagai pelayar web untuk menulis pelbagai artikel di platform kami.

Umum sedia maklum yang sejak kebelakangan ini, Mozilla lebuh memfokuskan kepada privasi dan sekuriti. Oleh yang demikian, dalam aplikasi pelayar web untuk Android Firefox Preview 3.0 – Mozilla menambah lagi kemampuan melindungi pengguna dari pelbagai penjejakan data, iklan, dan lain-lain yang melibatkan data pengguna. Selain itu, Mozilla juga menambah fungsi yang mana mana-mana tab baharu dibuka akan secara automatik menjadi tab peribadi (mod inkonigto versi Mozilla), setiap kali tab ingin ditutup akan terdapat pilih untuk membuang sejarah web yang dilayari dan banyak lagi. Berikut adalah fungsi-fungsi baharu yang mereka perkenalkan;

  • Pilih jenis informasi yang ingin diselarikan antara peranti-peranti
  • Tetapkan bagaimana audio/video bermain secara automatik di latar
  • Lihat dan uruskan muat turun
  • Menu pelayar yang diganti dengan bar Quick Action
  • Kemampuan untuk menambah enjin carian secara manual
  • Kemampuan untuk mengalihkan lokasi bar navigasi ke bawah atau ke atas
  • Paksa untuk zum

Jika anda adalah jenis pengguna yang skeptikal akan perlindungan privasi, sekuriti dan data anda, Firefox Preview 3.0 ini mungkin pilihan pelayar web terbaik untuk anda. Ia sudah pun boleh dimuat turun di Google Play Store, anda boleh klik pautan di bawah untuk memuat turun.

Muat Turun Firefox Preview 3.0 Di Play Store

Previous
Next Post »