Maxis Dan Astro Menawarkan Berkas RM99 Sebulan Untuk Internet Jalur Lebar Dan TV Satelit

https://ift.tt/2R0MFtr

Astro ialah nama besar dalam penawaran kandungan TV satelit di Malaysia sejak lebih dua dekad. Maxis pula ialah antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan data mudah alih terpantas di Malaysia. Hari ini berkas Astro Broadband telah dikemaskini dengan penawaran bulanan bermula dari RM99 sebulan.

Menerusi pakej baharu ini, pelanggan Astro sedia ada boleh melanggan perkhidmatan Maxis Home Broadband pada kelajuan 30Mbps dan pakej Astro Family Pack. Sebelum ini pakej yang sama ditawarkan pada harga RM128.95 sebulan.

Turut ditawarkan ialah berkas Maxis Home Broadband 100 Mbps dan Astro Super Pack dengan kotak TV Ultra Box baharu pada harga RM250 sebulan. Pakej Starter Pack dengan Internet 30 Mbps pada harga RM119 sebulan atau dengan Internet 100 Mbps pada harga RM159. Untuk terma dan syarat sila ke laman Astro Broadband menerusi pautan di bawah.

Previous
Next Post »