Mesin Memasak Mi Segera Mula Dijual Di Jepun

https://ift.tt/37HKyk9

Mi segera dicipta oleh Segeru Yamashita pada tahun 1958 selepas melihat masalah kekurangan zat di kalangan pendudukan Jepun pasca Perang Dunia Kedua. Mi mempunyai gizi yang mencukupi tetapi tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak dan sukar disimpan. Dengan pengenalan Nissin Chikin Ramen, mee segera di dalam cawan mula menjadi sajian harian global sehingga menjadi makanan pilihan golong pelajar di kolej Malaysia.

Tetapi masih ada insan yang malas untuk memasak mi segera di dalam cawan. Bagi golongan ini mesin memasak mi segera telah mula ditawarkan di Jepun oleh Thanko. Mesin Makasetei yang bermaksud “biarkan kepada saya” ini boleh memasak bukan sahaja mi segera dalam cawan tetapi juga yang dijual di dalam mangkuk.

Pengguna hanya perlu menambah air ke dalam mesin dan ia akan memasak mi ke tahap kesempurnaan secara automatik. Bahagian atas mesin menutup mulut cawan atau mangkuk tanpa pengguna perlu risau bahagian penutup yang kerap kali mudah terkoyak. Selain mi segera, Makasetei juga boleh memasak sup dan membuat air kopi. Di Jepun Makasetei dijual pada harga 5980 Yen (~RM228).

Sumber Thanko menerusi SoraNews

Previous
Next Post »