Tesla Mempatenkan Sistem Laser Yang Membersihkan Permukaan Cermin Kereta Dan Panel Solar

https://ift.tt/37Ko2Y6

Tesla melancarkan Cybertruck mereka minggu ini dengan kemampuan kalis tembakan pistol serta kaca yang tahan lasak. Pelbagai teknologi baharu digunakan bagi menjadikan Cybertruck sebagai trak yang paling canggih di pasaran. Di masa hadapan lebih banyak teknologi terkini akan digunakan oleh Tesla bagi menjadikan produk mereka lebih unik berbanding pesaing.

Dalam masa terdekat Tesla mungkin akan menggunakan sistem pancaran laser pula untuk membersihkan kotoran pada permukaan cermin kereta dan panel solar. Pemancar laser diletakkan pada bonet kereta untuk membersihkan cermin hadapan, pada bahagian dapra untuk membersihkan cermin sisi dan atas untuk membersihkan panel di permukaan bumbung rumah.

Adakah sistem laser lebih berkesan untuk membuang kotoran pada permukaan cermin? Sebelum Tesla, ramai mengatakan kereta elektrik juga tidak berkesan dan mereka membuktikan sebaliknya. Mungkinkah di masa hadapan sistem laser akan menjadi standard pada kereta?

Previous
Next Post »