OpenSignal : Kelajuan Menstrim Video Di Malaysia Perlahan Tetapi Lebih Baik Dari Amerika Syarikat

https://ift.tt/35I8Bh7

OpenSignal telah mengeluarkan laporan terkini mereka tentang pengalaman menstrim kandungan video pada peranti mudah alih di seratus negara di dunia. Menurut mereka Malaysia kini di tangga ke-66 dengan 54.4 markah, dan menunjukkan peningkatan berganding 46.47 markah tahun lalu. Sungguhpun pengalaman menonton video Malaysia antara yang paling rendah, kita masih lagi di hadapan Amerika Syarikat yang berada di tangga ke-68.

Negara dengan pengalaman video terbaik ialah Norway, Republik Czech, Austria, Denmark, Hungary dan Belanda. Singapura terletak di tangga ke-12, kedudukan tertinggi dalam kalangan negara Asia. Di rantau Asia Tenggar pula Malaysia di tangga kelima di belakang Singapura (12), Myanmar (44), Vietnam (48) dan Laos (54). Kita hanya mampu mengalahkan Indonesia (74), Thailand (77), Kemboja (85) dan Filipina (88).

Walaupun Singapura menawarkan pengalaman menonton video pada peranti mudah alih terbaik di Asia, pengguna di negara ini merungut kos perkhidmatan mudah alih yang semakin meningkat.

OpenSignal menghasilkan laporan berdasarkan data yang dikumpul dari lebih 37 juta peranti di seluruh dunia dan lebih 94 bilion data.

Previous
Next Post »