Realme Mungkin Menjadi Syarikat Tersendiri Bebas Dari Oppo

https://ift.tt/35EWEZm

Realme muncul di persada telefon mudah alih tahun lalu sebagai jenama lebih mampu milik di bawah payung Oppo. Sejak diperkenalkan, Realme telah menjadi jenama yang berkembang paling pesat dan pada waktu ini adalah pengeluar peranti ke tujuh terbesar pada peringkat global. Dengan kejayaan ini Realme mungkin akan menjadi syarikatnya sendiri dan keluar dari kepompong Oppo menurut laporan Digitimes.

Ketua pegawai komersil mereka Chung Hsiang-wei, Realme pada waktu ini telahpun mempunyai bahagian penyelidikan dan pembangunan tersendiri. Relme dijangka dijangka membangunkan ekosistem dan pengeluarannya sendiri. Pengeluaran peranti dan sistem operasi masih lagi di bawah Oppo.

Situasi Realme dan Oppo ini adalah agak unik kerana mereka di bawah payung BBK Electronics yang juga memiliki Vivo serta OnePlus.

Previous
Next Post »