Cakera Liut Yang Ditandatangani Steve Jobs Dianggarkan Bernilai Melangkaui RM30k

https://ift.tt/eA8V8J

Pelbagai produk awal Apple, dan juga yang mempunyai tandatangan Steve Jobs sering dilelong pada harga yang sangat tinggi. Terbaru, sebuah cakera liut yang ditandatangani oleh Steve Jobs turut dilelong secara am, dan dianggarkan bernilai sekitar $7500 (~RM31,000).

Cakera liut yang ditandatangani Steve Jobs ini menyertakan perisian Macintosh System Tools 6.0, dan dijangka berusia sekitar 31 tahun lamanya.

Buat masa ini, cakera liut berkenaan masih sedang dalam proses lelongan, dan harganya telah pun mencapai sekitar $5060 (~RM21k).

Previous
Next Post »