Peranti Vivo Akan Menggunakan Sistem Operasi Baharu JoviOS

https://ift.tt/2DsVowq

Peranti keluaran Vivo menggunakan sistem operasi Funtouch OS yang berasaskan Android sejak dilancarkan pada tahun 2013. Dengan pelancaran Vivo X30 pada bulan hadapan, mereka akan berubah pula ke sistem operasi baharu JoviOS yang masih berasaskan Android. Perubahan ke JoviOS diumumkan oleh pengurus projek Funtouch OS menerusi laman Weibo beliau bersama dengan logo yang akan digunakan.

Pihak Vivo masih belum pernah berkongsi maklumat mengenai JoviOS dan apakah perbezaannya dengan Funtouch OS. Hanya logo sahaja diketahui dan pengesahan X30 menjadi peranti pertama menerimanya. Vivo X30 juga akan menjadi peranti pertama mereka dengan sistem zum periskop yang memberikan kemampuan zum nirhilang yang amat baik.

Previous
Next Post »