Facebook Menguji Fungsi “Favourites” Untuk Messenger – Seakan “Close Friends” Pada Instagram

https://ift.tt/2XMFVAD

Tahun lepas, Instagram telah memperkenalkan fungsi “Close Friends”. Ia adalah fungsi pada Instagram Stories untuk berkongsi sesuatu kepada rakan-rakan terpilih sahaja. Kami ada tulis artikel tutorial, bagaimana untuk menggunakan fungsi ini.

Bagaimana Menggunakan Close Friends Di Instagram

Terkini, Facebook juga dilihat sedang menguji dengan fungsi yang lebih kurang sama. Cuma, fungsi dari Facebook ini diberi nama “Favourites” dan hanya 10 rakan sahaja boleh ditambah dalam Favourites. Seperti Instagram, Stories Facebook dan Messenger ini akan dihantar secara individual dan akan terpapar dalam bentuk bebenang di Messenger. Fungsi ini ditemui oleh Jane Wong dan pihak Facebook juga telah mengesahkan kepada Techcrunch yang fungsi ini akan tiba tidak lama lagi.

Previous
Next Post »