(Video) 'Minum apa tu mat?' - Pencuri tong gas ditahan, sempat minum air hijau tua



Tular di TikTok video menunjukkan seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah seorang penduduk untuk mencuri tong gas. 

Suspek sanggup memanjat pagar kediaman itu dan mengambil tong gas kosong sebelum keluar semula melalui kaedah yang sama. 


Kejadian itu sempat dirakam oleh penghuni rumah yang menjerit melihat kehadiran suspek, dengan harapan jiran sekeliling datang membantu. Namun, suspek sedikit pun tidak menghiraukan wanita berkenaan dan terus keluar sebelum beredar menggunakan motosikalnya.




Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu berlaku di Taman Rakan, Kajang, semalam dan suspek telah berjaya ditahan pada hari yang sama di kawasan sekitar bandar. 


Tong gas yang dicuri turut ditemui semula dan pemeriksaan mendapati, motosikal yang ditunggang suspek merupakan motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini. 




"Semakan mendapati suspek adalah individu yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes dadah," katanya. 


Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek, di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini untuk membolehan siasatan lanjut dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/10/video-minum-apa-tu-mat-pencuri-tong-gas.html
Previous
Next Post »