Budak 2 tahun maut, kereta dipandu bapa terlanggar belakang lori 3 tan



Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala bapanya cedera parah dalam kemalangan di Jalan Besar Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.


Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.50 pagi yang membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa melanggar bahagian belakang lori tiga tan di lorong kiri persimpangan lampu isyarat berdekatan dengan Restoran Cheq Mai 30 Lauk.


Akibat dari kemalangan itu, kanak-kanak terbabit, Muhammad Niyaz Mohd Nizam, tercampak ke bahagian ke bahagian belakang dan bapanya Mohd Nizam Muhammad Zainon, 39, tersepit di tempat duduk pemandu. 


Anggota Bomba dan Penyelamat Banting tiba di lokasi kejadian pada jam 11.15 pagi dan berjaya mengeluarkan mangsa tersempit sebelum dihanar ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan. 


Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengesahkan kanak-kanak terbabit telah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/10/budak-2-tahun-maut-kereta-dipandu-bapa.html
Previous
Next Post »