Kes Cikgu Mohd Fadli, KPM bincang hari ini, PM harap situasi menang-menang



Susulan tular hantaran Cikgu Mohd Fadli Salleh yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu mengambil tindakan tatatertib (buang kerja atau turun pangkat), Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan akan bersidang pada hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan oleh guru matematik berkenaan pada 14 Oktober lalu. 


Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali juga menjelaskan surat yang diterima oleh guru berkenaan bukanlah bermaksud hukuman telah dijatuhkan, sebaliknya bertujuan memaklumkan mengenai tiga dakwaan tersebut telah diterima oleh pihaknya yang kemudian meminta penjelasan secara bertulis dari kakitangan tersebut. 


Baca: 


Sementara itu, Perdana Menteri (sementara), Ismail Sabri Yaakob dikatakan telah menghubungi Pkharuddin semalam dan berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan baik dengan situasi menang-menang. 


"...saya berharap keputusan positif akan dicapai pada mesyuarat esok (hari ini). InsyaAllah apa yang digambarkan dalam surat itu seperti akan dipecat atau diturun pangkat tidak akan berlaku. 


"Pihak kementerian tidak boleh melepaskan kakitangan yang mengeluarkan kenyataan di media sosial, namun dalam masa sama, hukuman yang terlalu keras kepada pegawai dan kakitangan juga adalah tidak wajar, selain pegawai dan kakitangan juga perlu menghormati kementerian," katanya. 


Dalam pada itu, Ismail berpandangan pihak kementerian juga perlu mendengar pandangan semua pihak selepas isu Cikgu Mohd Fadli itu tular di mana ramai yang memberikan reaksi negatif. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/10/kes-cikgu-mohd-fadli-kpm-bincang-hari.html
Previous
Next Post »