'Kalau tak kenal beliau, jangan suka² fitnah' - kata ketua event Maulid Agung Al-Mustafa bersama cicit Nabi Muhammad



Susulan pembatalan program Maulid Agung Al Mustafa di beberapa negeri membabitkan seorang pendakwah yang dikatakan keturunan Nabi Muhammad SAW, tampil ketua program berkenaan dikenali sebagai Kak Yan tampil memberi penjelasan. 


"Kalau ikutkan hati, saya malas nak menceritakan hal ini kerana berpuluh-puluh tahun terlibat dengan produksi, tv dan membuat pelbagai program-program di sana sini, tak pernah pun menghadapi masalah se-kelakar dan se-kritikal ini. Majlis maulid ye, bukan konsert rock. 


"Keadaan kali ini sangat mengelirukan dan penuh dengan tanda tanya. Di Pulau Pinang lepas pula, kami dibenarkan meneruskan program berbanding beberapa negeri lain yang dibatalkan atas arahan pihak berkuasa tanpa sebab yang diketahui. 


"Mungkin dikatakan tidak mendapat kelulusan, tetapi sebenarnya kami menunggu kelulusan sebab kami telah menghantar surat permohonan. Kalau dikatakan kami tidak membuat persediaan, di TikTok kami telah tunjukkan beberapa kali kami dah bayar sewa dewan beribu-ribu, dah beli botol air mineral beribu-ribu, kami dah tempah bermacam-macam di mana hampir 90 peratus persiapan telah selesai. Jangan nak tuduh kami tak buat persediaan.


"Kalau dikatakan Maula Muhammad Amiin Al Idrisi itu scammer, cuba bagi laporan polis. Laporan polis di Maghribi tak ada, di Malaysia pun tak ada dan di mana-mana pun tak ada. Jadi, itu adalah satu fitnah. 


"Begitu juga dengan salasilah dia, kami dah lama tengok salasilah dia, sekali dengan cop cop dari istana Maghribi. Di Maghribi juga, sampai kami masuk dalam majlis diraja bersama dengan beliau. 


"Kalau tak kenal beliau, jangan suka-suka memfitnah ye. Sekarang ini sudah akhir zaman, jadi perbuatan memfitnah ini sudah menjadi kebiasaan," katanya. 


@k.yan_hiraq Kenapa Maulid Agung Al Mustafa bersama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani diarahkan BATAL. @duam_media #maulidagungalmustafa #nuralmustafamalaysia #Kyan #Hiraq #cahayaalhasani #musafirpenawarhati ♬ Ya Allah - Wali


Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan, mana-mana penceramah dari luar negara yang ingin menyampaikan dakwah di negara ini perlu memperoleh tauliah khas daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 


Tindakan pihaknya membatalkan program jelajah pendakwah asing itu adalah disebabkan individu berkenaan tidak mempunyai tauliah dari negeri ini. 


Berdasarkan Peraturan 10(c) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, tauliah khas boleh dikeluarkan kepada individu bukan warga negara yang dijemput khas oleh kerajaan negeri, jabatan atau agensinya untuk memberi ceramah umum berhubung agama Islam. 


"Dalam hal ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sudah bertitah bahawa penceramah luar negara hanya dibenarkan menyampaikan ceramah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Diraja Sultan Suleiman, Masjid  Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutung dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya. 


"Justeru permohonan untuk seorang pendakwah yang dikatakan keturunan Nabi Muhammad SAW itu tidak dapat diberikan kebenaran kerana individu berkenaan tiada tauliah dan memerlukan tauliah khas. 


"Tindakan mengajar tanpa tauliah khas ini adalah salah mengikut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,"katanya. 


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) turut mengambil tindakan yang sama terhadap program tersebut kerana wujud keraguan pada latar belakang individu terbabit selepas membuat semakanan dengan pihak berkuasa di Maghribi.


Pengarah JAHEAIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, langkah pembatalan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang masalah yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada umat Islam di negara ini. 


Sumber: Harian Metro, TikTok Kak Yan



source https://www.thereporter.my/2022/10/kalau-tak-kenal-beliau-jangan-suka.html
Previous
Next Post »