'Simply guna gambar anak orang tanpa parent's permission, bila minta penjelasan, tak dibalas' - Individu dakwa gambar adiknya dipergunakan oleh Neelofa



Baru-baru ini, seorang individu memuat naik gambar wajah Muhammad Bilal, anak kepada pasangan selebriti terpaling popular di negara ini. Tetapi, ibunya, Neelofa, mengakui kecewa dengan tindakan individu berkenaan. 


Menurut Neelofa, perkara itu sepatutnya dilakukan oleh dia sebagai ibu yang melahirkan Bilal, bukannya orang lain yang bertindak mendahuluinya.


"Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu menyinggung perasaan saya. Bila orang nampak (Bilal) di luar, nampaklah! Bila dia (individu berkenaan) kongsi semua itu, saya rasa macam dia tak menghormati. 


"Sebab (kalau) di luar, saya takkan halang. Saya pun tak akan sorok wajah dia. Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan patut buat benda ini. Sebab kita dah rancang dengan suami sampai masa yang sesuai. Kita nak jadi orang pertama yang buat," katanya.


Baca: 'Tentulah hal itu menyinggungkan perasaan saya' - Neelofa akui kecewa wajah anaknya disebarkan tanpa izin


Bagaimanapun hari ini, tular di Twitter dakwaan seorang wanita yang mengatakan selebriti itu pernah menyalahgunakan gambar adiknya tanpa kebenaran. 


Bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu, keluarganya tampil meminta pihak Pertubuhan Neelofa memadamkan gambar itu dan menuntut penjelasan mengenai perkara tersebut. 


"How funny, simply simply guna gambar anak orang tanpa parent's permission. Pastu semua family mesej minta penjelasan cara baik, tapi (mesej) tak dibalas. Pastu terus padam. 


"Kalau jadi kat anak sendiri baru tahu. I defending my brother sebab gambar ni dah lama jadi, lepas lima tahun jadi balik. 


"Dia tak tahu apa-apa, tiba-tiba gambar kena ambil buat wakaf bagai. Tolong bagi penjelasan dan jangan guna atas kepentingan sendiri. Kami berhak tahu untuk keselamatan ahli keluarga kami sendiri. 








"Kami sekeluarga mesej elok-elok untuk (minta) penjelasan tau, tapi tak dibalas. Gambar itu (gambar) lama, diambil untuk ambil (kutipan) dana macam al-Quran juga dan tanpa pengetahuan ahli keluarga.

"Selepas itu, saudara terdekat jumpa (gambar tersebut) dekat area Klang, guna poster gambar adik saya. Sedangkan kami orang Pulau Pinang," jelasnya. 


Sumber: Twitter



source https://www.thereporter.my/2022/10/simply-guna-gambar-anak-orang-tanpa.html
Previous
Next Post »