'Trauma belum hilang tapi dah kalut interview dah kenapa?!' - Gadis bengang media intervew suami mangsa rentung dalam kemalangan, wartawan tampil beri penjelasan



"Saya tak tinggalkan awak yang (sayang).. sumpah saya tak tinggalkan awak..." demikian kata lelaki yang tidak dapat menahan kesedihan melihat isterinya terbakar dalam kereta selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kelmarin. 


Tidak dinafikan, kes kemalangan itu mendapat liputan meluas dari media dan ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap mangsa dan mendoakan agar keluarga mangsa terus bertabah menerima dugaan itu. 


Sebagai media, sudah tentu mahu mendapatkan liputan terkini mengenai perkembangan kes tersebut. Namun, ada individu yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan itu. Lebih-lebih lagi apabila media menemubual suami mangsa yang belum pulih dari kesan trauma. 




"Seriously TV3?? Kes tak sampai seminggu, trauma pun belum hilang lagi tapi kalut sangat nak interview dah kenapa?! 


"Bagilah dia masa, orang tengah sedih kot??? Takkan tak ada rasa empati lansung? Teruklah weh," kata pengguna Twitter itu yang hanya dikenali sebagai CL. 


"Saya tak nafikan memang mangsa setuju sebelum beri keterangan. Tapi if you ada common sense, you boleh tunggu dulu kot bagi orang itu ruang. Member tu still trauma sampai terbawa-bawa ke mimpi pasal wife. Media kita? Zero empathy," tambahnya lagi. 


WARTAWAN TAKKAN BERANI INTERVIEW KALAU TIADA KEIZINAN


Ciapan CL itu kemudian dijawab oleh seorang wartawan, Nadia Zaman, yang menjelaskan temubual yang dilakukan itu kebiasaannya mendapat keizinan, bukannya semudah yang diperkatakan. 



"Sebenarnya macam ni, selalunya wartawan tak akan berani interview mangsa atau waris jika tidak ada keizinan daripada mereka sendiri. Wartawan cuba mendekati keluarga lain untuk bertanya dahulu, kalau mereka sudi, itu bonus sebab selalunya tak akan dapat sebab sedang emosi," katanya. 


Selain itu, soalan yang ditanya pada waris atau mangsa juga perlulah beradab kerana jika tersilap soalan dibimbangi akan menjejaskan emosi mereka. 


"Paling standard soalan akan ditanya, boleh kongsikan bagaiman kejadian berlaku, apa keadilan yang encik harapkan dari kejadian ini. 


"Kalau kita ada baca news lebih personal macam ada pesanan terakhir mangsa, mangsa ada bersikap lain sebelum kejadian.. itu sebab mereka yang diinterview semakin selesa untuk berkongsi cerita," katanya.


BERITA PERLU CEPAT UNTUK BERI KESEDARAN & PUSH PIHAK ATASAN


Nadia turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang menyangka wartawan memaksa waris/mangsa menjawab soalan. Sebaliknya hanya menteri atau ahli politik yang kerap dipaksa untuk berbuat demikian. 


Dalam masa sama, Nadia menjelaskan media sememangnya perlu pantas melaporkan berita yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat. 


"...semua berita kena cepat. Tujuannya untuk kesedaran masyarakat, push pihak berkenaan untuk keadilan mangsa. Kita boleh dapat info pihak berkuasa tetapi dari sebelah keluarga juga kena ambil kira. Sebab itu kalau tak setuju tak apa. Semua atas consent keluarga juga akhirnya. 


"...bila liputan (berita) sudah berleluasa, it's a point untuk pihak atasan tidak duduk diam lagi terutamanya apabila keluarga sudah beri kenyataan secara terbuka untuk semua dengar," ujarnya. 


Netizen berpuas hati dengan penjelasan Nadia dan berpendapat tidak wajar menyalahkan wartawan kerana selain melaporkan berita, mereka juga membantu mangsa secara tidak langsung. 



Sumber:  Twitter wartawan Nadia Zaman



source https://www.thereporter.my/2022/10/trauma-belum-hilang-tapi-dah-kalut.html
Previous
Next Post »