Nelayan didakwa lakukan seks luar tabii terhadap wanita berusia 46 tahun di bawah jambatan di Kemaman



Seorang nelayan berusia 32 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman kelmarin kerana didakwa melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita di bawah jambatan pada September lalu. 


Tertuduh, Wan Mohd Rizal Wan Arif, membuat pengakuan tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 46 tahun di bawah sebuah jambatan di daerah Kemaman pada jam 11.15 pagi, 19 September lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengiku Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, serta sebatan. 


Hakim Wan Suhaila tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 November depan untuk perbicaraan. 


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid dan tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber: Sinar Harian



source https://www.thereporter.my/2022/10/nelayan-didakwa-lakukan-seks-luar-tabii.html
Previous
Next Post »