(Video) 'Budak ni kurang ajar' - Lelaki kantoi curi duit tabung masjid, dihukum mandi jenazah


Setiap negara mempunyai hukuman atau undang-undang tersendiri untuk mengenakan hukuman yang setimpal di atas setiap kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. Kesalahan berat atau ringan, biar undang-undang yang menentukan.


Namun begitu, menerusi satu video tular di media sosial memperlihatkan seperti hukuman terletak dalam kalangan masyarakat. Walaupun kaedah yang digunakan tersebut mungkin sebagai satu pengajaran kepada pesalah terbabit, namun netizen menyifatkan tidak adil pesalah tersebut diperlakukan sedemikian rupa.


Pesalah tersebut dikatakan telah mencuri duit tabung masjid berkenaan dan menyebabkan ahli kariah masjid itu menghukum dengan cara tersebut.


Video yang dipercayai dirakam di sebuah masjid di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu menunjukkan seorang pemuda diletakkan di sebuah katil yang ditempatkan untuk memandikan jenazah. Seorang lelaki dipercayai imam dilihat 'menguruskan' suspek dengan cara memandikannya seperti memandikan jenazah. Dilihat juga imam tersebut seolah hilang kesabaran apabila mengangkat hos getah untuk menakutkan suspek.


Ketika suspek dijirus dengan air dan cuba mengelak dari terkena air, beberapa lelaki bertindak memegang kepala suspek. Dalam masa yang sama, 'Imam' sempat memukul wajah suspek dengan menggunakan hos getah beberapa kali sebelum ditutup dengan kain pelikat, dijiruskan dengan air dan ditabur dengan kapur barus.



Ada netizen yang bersetuju dengan tindakan 'imam' itu dan beranggapan sekiranya tindakan itu tidak dilakukan, suspek mungkin tidak akan menginsafi kesalahannya. Namun begitu, ada juga netizen tidak bersetuju dan ujar mereka, sepatutnya suspek diiserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.


Sumber: Jalal Misai Akaun Baru




source https://www.thereporter.my/2022/01/video-budak-ni-kurang-ajar-lelaki.html
Previous
Next Post »