'Kena tebuk masuk tiub dalam paru-paru untuk buang nanah' - Akibat berkongsi vape, terpaksa masuk wad hampir sebulan


Walaupun sudah banyak teguran dan perkongsian tentang kesan buruk dari penggunaan vape yang dikatakan boleh membantu menghentikan tabiat merokok, masih ramai yang enggan peduli malah bertindak memperlekehkan pihak atau individu yang mahu membantu mereka dari terus merosakkan badan sendiri. 


Apatah lagi ada yang berani berkongsi vape tanpa memikirkan kesan bahayanya yang boleh menyebabkan penyangkit berjangkit, lebih-lebih lagi di waktu wabak Covid-19 sedang menular. 


Terbaru, seorang pesakit yang dikenali sebagai Jimmy Ho, berkongsi mengenai kesan perkongsian vape dengan rakannya sehi sehingga dia dimasukkan ke hospital. Lebih teruk lagi, doktor memaklumkan paru-paru kanannya turut terjejas teruk. 


"Hampir sebulan dalam wad. Nak pesan dekat kawan-kawan, jangan selalu nak rasa pod/vape orang lain, nanti kita menyesal. Nanah dalam paru-paru disebabkan pod/vape kongsi-kongsi mulut. 


"Kena tebuk masuk tiub dalam paru-paru untuk buang nanah dan sekarang paru-paru sebelah kanan 90 peratus tidak boleh digunakan. Kalau tiada jalan lain, terpaksa jalani pembedahan. Doakan saya kawan-kawan," katanya.



Ketahuilah bahawa, vape bukanlah satu pilihan yang lebih baik berbanding menghisap rokok kerana sesetengah bahan kimia yang terkandung dalam vape adalah berbahaya kepada kesihatan, malah berbahaya kepada individu di sekelilingnya. 


Cara untuk berhenti vape paling mudah adalah buang segala peranti vape. Elakkan dari menyimpan peranti tersebut di rumah dan cuba untuk hentikan tabiat vaping dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain. 


Sumber: Facebook Jimmy Ho



source https://www.thereporter.my/2022/01/kena-tebuk-masuk-tiub-dalam-paru-paru.html
Previous
Next Post »