4 beranak maut gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara langgar lampu isyarat merah & positif dadah


Perjalanan satu keluarga menuju ke majlis perkahwinan yangg diadakan di Kuala Lumpur bertukar menjadi tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan empat termasuk tiga kanak-kanak maut, semalam.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, empat mangsa yang maut itu adalah seorang perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Mangsa yang maut dikenali pasti sebagai Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya iaitu, Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4. 


Pemandu Toyota Vellfire yang juga suami kepada Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, guru di Felda Aring 1, Gua Musang dan pemandu Nissan Navara hanya mengalami kecederaan ringan. 


Siasatan awal mendapati, Vellfire yang dinaiki keluarga berkenaan menuju ke Kuala Lumpur dari Gua Musang. Tiba di Kilometer 2 Jalan Lebuh ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) pada jam 2.30 petang, kenderaan itu dirempuh Nissan Navara. 


Difahamkan, sebelum itu Vellfire berkenaan membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau. Namun Nissan Navara yang datang dari arah hadapan dipercayai tidak berhenti lalu bertembung dengan Vellfire berkenaan.Perlanggaran itu menyebabkan Vellfire berpusing dan melanggar pembahagi jalan.



Ujian awal air kencing terhadap pemandu Nissan Navara mendapati dia positif dadah opiate, amphetamine dan methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/01/4-beranak-maut-gara-gara-dilanggar.html
Previous
Next Post »