'Ambil booster vaksin Covid-19 untuk persiapan hari raya nanti'


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menyarankan orang ramai mendapatkan booster atau dos penggalak vaksin Covid-19 untuk melindungi diri dan keluarga. Langkah ini katanya sebagai satu usaha bagi umat Islam yang akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 


"Sila dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk perlindungan diri dan keluarga. Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, Insya-Allah," katanya di Twitter. 


Dalam pada itu, Noor Hisham turut memaklumkan setiap jenis vaksin (Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca) mempunyai kesan kesampingannya seperti kesakitan otot, demam atau sakit kepala. Tetapi keadaan itu bukanlah petanda buruk. 


Sementara itu, portal COVIDNOW pula melaporkan berlaku peningkatan 52 peratus kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di lima negeri dengan ibu negara dalam tempoh tujuh hari lalu.


Menjelang musim perayaan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjangka jumlah kes akan meningkat pada hujung bulan Januari dan awal Februari, sekiranya orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP). 


Justeru, Khairy mengingatkan orang ramai untuk kekal mematuhi SOP, selain mengamalkan TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera).


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/01/ambil-booster-vaksin-covid-19-untuk.html
Previous
Next Post »