'Kalau Shuib tak nak, dah sah-sah saya pun tak nak juga' - Vida terpaksa move on & harap hubungannya dengan Shuib tidak terjejas


Biarpun di'reject' secara terbuka oleh pelawak Shuib yang dirinya tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan lelaki itu, usahawan kosmetik Dato' Sri Vida tidak tersentap, malah mengambil pendirian untuk 'move on'. 


Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata, dia tidak kisah sekiranya hasrat dia untuk menggantikan tempat Allahyarham Siti Sarah tidak diterima oleh Shuib, kerana dia sendiri pun tidak mahu. 


"Tidak mengapa, kita 'move on' sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah saya pun tak nak juga. 


"Namun, saya mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti sesuai mengisi posisi isteri dan paling penting, ibu buat anak-anaknya," katanya memetik laporan dari Kosmo! Online. 



Dalam pada itu juga, Vida berharap hubungannya dengan Shuib tidak terjejas disebabkan perkara itu dan mahu hubungan mereka sebagai kawan tetap diteruskan. 


"Saya dengan Shuib memang tiada masalah. Dia seorang usahawan berjaya dan saya juga mencari rezeki dalam dunia perniagaan. Saya tidak mahu disebabkan isu ini, hubungan kmai sebagai kawan menjadi keruh. 


"Saya kenal benar Shuib, termasuk arwah isterinya. Saya menghormati hasrat dan keputusannya dan sebagai seorang wanita, saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Banyak lagi perkara yang saya boleh lakukan dan kecapi bersama atau tanpa lelaki bernama suami. 


"Cuma pesan saya, anak-anak memang perlukan kasih sayang seorang ibu dan saya percaya anak-anak Shuib juga begitu," katanya. 



Terdahulu, Vida secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan Shuib. Tambahan, Shuib mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. 


Bagaimanapun Shuib tampil menjelaskan bahawa tidak mungkin dia akan bercinta dengan Vida kerana mereka tidak sepadan. Malah, dia mencari calon isteri yang sederhana dan paling penting perlu mendapatkan persetujuan daripada anak-anak dan juga ibunya. 


Sumber: Kosmo! Online



source https://www.thereporter.my/2022/01/kalau-shuib-tak-nak-dah-sah-sah-saya.html
Previous
Next Post »