'Dia ditemui dalam keadaan letih, kotor & bingung' - Remaja hilang berjaya ditemui wanita berusia 50-an, tanpa dapat dilihat penduduk lain


Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas kencing di kawasan semak pada malam Isnin lalu, di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, telah berjaya ditemui kira-kira jam 5.30 petang semalam. 


Muhammad Iznur Al-Azim Mahadi, ditemui oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Yah, berusia 50-an semasa datang ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan setelah kehilangan remaja itu tular di media sosial. 


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa ditemui dalam keadaan selamat kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. 


Ibu mangsa, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anaknya ditemui dalam keadaan sedang berjalan kaki sambil menjinjing selipar. 


Difahamkan, Kak Yah sebelum itu dalam perjalanan ke lokasi bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan ternampak seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah, kotor dan memegang selipar. Kak Yah terus memberhentikan keretanya dan membawa remaja itu untuk diserahkan kepada Khairul Nisa. 


Namun menurut cerita orang lain yang turut bersama dengan Kak Yah pada waktu itu berkata, mereka tidak nampak kelibat remaja itu seperti yang dilihat oleh Kak Yah. Apatah lagi mereka tidak melihat remaja berkenaan ketika Kak Yah berhenti untuk mengambilnya. Mereka hanya dapat melihat mangsa selepas dia selamat dihantar ke rumah keluarga. 


Setakat ini, Muhammad Iznun Al-Azim masih dalam keadaan bingung dan berdiam diri dipercayai masih trauma dengan apa yang berlaku. 


Suumber: MalaysiaKini, Sinar Harian



source https://www.thereporter.my/2022/01/dia-ditemui-dalam-keadaan-letih-kotor.html
Previous
Next Post »