'Kalau saya kena saman, kenapa diorg pergi kat **** dulu bagitau?' - Nabila Huda tak tau dirinya disaman aktivis, confuse kenapa portal hiburan tak contact dia dulu


Dua hari lalu, portal mStar Online melaporkan seorang aktivis kemasyarakatan bakal memfailkan saman terhadap pelakon Nabila Huda yang didakwanya telah memfitnah dia tidak amanah dalam membantu mangsa banjir. 


Fatimah Zaharah Rahim berkata, Nabila telah menyalahgunakan dua platform media sosial dengan menimbulkan kebencian masyarakat terhadap dirinya. Ekoran dari itu, Fatimah telah melantik barisan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Nabila. 


"Isu ini timbul selepas Nabila Huda memuat naik kenyataan yang menuduh anak guam saya mengambil bantuan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat. Perkongsian pelakon itu sudah menjadi viral dan menjejaskan reputasi anak guam saya," kata Peguamnya, Nurul Hafidzah Hassan.


Difahamkan, Nabila pada 25 Disember lalu memuat naik posting tersebut yang mendakwa aktivis wanita berkenaan dengan ayat berikut: 


"Ha, ini salah seorang manusia yang ambil kesempatan. Selamba ambil barang-barang dekat masjid Sungai Lui, bawa pergi tempat lain dan kata barang itu sumbangan daripada dia". 



Sementara itu, Nabila mengakui terkejut apabila dimaklumkan oleh followers. Malah mempersoalkan mengapa pihak portal berkenaan tidak menghubunginya terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. 


"Macam mana saya tak tahu saya kena saman, tiba-tiba keluar kenyataan ni mStar? Saya tahu saya kena saman tadi masa tengah live, ada orang (followers) comment. 


"I thought you guys are nice with me before this? I bagi kerjasama untuk apa saja kalau korang nak interview. You guys tahu my number kan? But asal I tak tahu langsung pasal statement ni? If yes, kenapa I tak dapat surat apa-apa?


"Kalau saya kena saman, kenapa diorang pergi kat mStar dulu beritahu? Kenapa diorang tak contact saya eh? Siapa mStar, diorang nak bagi first information? What is so special about mStar sebab dapat cover this story dulu dari orang yang disaman? Hmmm, I can smell something fishy," katanya. 


Nabila kesal kerana pihak tersebut sepatutnya menghubunginya terlebih dahulu sama ada menghubungi nombor telefonnya atau melalui aplikasi media sosial seperti Instagram. 


"Just imagine, saya disaman tapi saya tak tahu. Saya tahu dari followers yang tengah tengok live saya. Macam mana keadaan ini? Confuse kejap," ujarnya. 



Sumber: mStar Online, Nabila Huda



source https://www.thereporter.my/2022/01/kalau-saya-kena-saman-kenapa-diorg.html
Previous
Next Post »