Mesej bongkar remaja perempuan 13 tahun dirogol lelaki yang dikenali dari Instagram


Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi Instagram dalam kejadian di Selama, pada Selasa lalu. 


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa memeriksa telefon bimbit anaknya sebelum membuat laporan polis. 


Siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan penduduk tempatan telah mengenali mangsa sejak setahun yang lalu.


Bertindak di atas laporan yang dibuat oleh ibu mangsa, suspek berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan dan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. 


Polis turut merampas kereta suspek yang digunakan dalam kejadian itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/01/mesej-bongkar-remaja-perempuan-13-tahun.html
Previous
Next Post »