'Atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak masuk ke lif' - Nurulhidayah tampil jelaskan cerita sebenar insiden yang tiada kaitan dengan bapanya


Beberapa hari lalu, tular di media sosial video menunjukkan seorang lelaki dikasari oleh 'bodyguard' kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika masuk di lif bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, yang mengundang kemarahan orang ramai.


Bagaimanapun, Nurulhidayah Zahid Hamidi, tampil memberi penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan meminta netizen tidak sewenang-wenang mengecam bapanya. 


Menurutnya, lelaki yang bajunya ditarik dari belakang itu bukan orang yang sudah menunggu lama di situ, tetapi dia adalah penyokong Zahid Hamidi yang datang jauh dari Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan. 


Namun, ketika mahu masuk ke lif bersama dengan Zahid ke tingkat 4, bajunya direntap oleh dua lelaki dari belakang atas faktor keselamatan. 


"Ceritanya, bukan dia tunggu lif lama. Dia memang tunggu nak masuk lif sama-sama ke tingkat 4 mahkamah. Atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak bersama-sama dalam lif tersebut. 


"Siapa yang buat kerja bodyguard, tahulah. Nak jelaskan pun payah, tak tahu macam mana. Semua benda nak jadi isu," katanya. 


Tambahnya lagi, lelaki yang didakwa 'bodyguard' bapanya sebenarnya bukanlah pengawal peribadi, tetapi adalah pekerja salah seorang kenalan bapanya, yang hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawal peribadi. 



"'Bodyguard tu' merujuk kepada bodyguard salah seorang kenalan bukan bodyguard Zahid Hamidi. Dah nama dia bodyguard, manalah dia kenal orang kan? Dia buat kerja dia, tak tahulah arahan apa dia dapat, dia buat jer la.


"So? Salah Zahid Hamidi juga ke? Mentang-mentanglah Zahid Hamidi, semua salah," selorohnya. 


Sumber: Instagram Nurulhidayah, Lobak Merah



source https://www.thereporter.my/2022/01/atas-faktor-keselamatan-dia-ditarik.html
Previous
Next Post »