(Video) 'Saya ceraikan Nur Sofia Johari dengan talak 2, selamat hari jadi' - Influencer dikecam ceraikan isteri secara live di TikTok



Sebelum ini, rumah tangga pasangan influencer Khairul Azli dan Nor Sufia Johari (Cik Pia) menjadi perhatian ramai ekoran si suami enggan hadir ke JPN untuk mendaftarkan nama anak mereka. Namun difahamkan, isu tersebut telah berjaya diselesaikan dengan cara baik.


Dalam kes terbaru pula, lelaki berkenaan dikatakan telah melafazkan cerai talak dua terhadap isterinya. Ketika itu, Cik Pia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36. 


@norsufiajohari happy birthday to myself...#tiktokviral #fypã‚· #fypã‚·゚viral #dudukje #fypage #viral #tiktokmalaysia #tiktok #trending #fyp #cikpia #Queenofulam #cikpiamakan ♬ original sound - by._tuba._


Pada hari yang sama, Khaireel Azli tampil melafazkan cerai terhadap Cik Pia melalui aplikasi yang sama. 


"Saya Khaireel Azlee Abd Aziz ceraikan Nur Sofia binti Johari dengan talak dua," katanya yang juga sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada bekas isterinya itu. 


@airis_suraya Semoga cik pia dikurniakan kebahagiaan yg baru dan nasibnya dgn anak2 terbela. Cik pia wanita hebat, cantik, pandai,, layak dpt yg lebih baik. Anda berhak bahagia #bosskaylafazcerai #cikpia #wanitahebatwanitakuat #trending ♬ original sound - Airis Suraya | Best Sharing


Dalam kenyataan awal Cik Pia, dia mengakui sedih dengan perbuatan Khaireel, namun dia redha dan menyerahkan segalanya kepada Allah. 


@norsufiajohari Sedih...sape tak sedih kan..tp bila Sye serahkan sebulatnya urusan ini kpd ALLAH Sye redha... Alhamdulillah hati Sye semakin tenang.TQ ALLAH Krn mengizinkan ujian ini kpd sye..#coffitz #tiktokviral #fypp #dudukje #viral #fypã‚· #fyp #fypage #tiktoker #cikpia #trending #fypã‚·゚viral ♬ Sheila on 7_Berhenti Berharap - Yoan Ashiva


"Sedih, siapa tak sedih kan. Tapi bila saya serahkan sebulatnya urusan ini kepada Allah, saya redha. Alhamdulillah hati saya semakin tenang. Thank you Allah kerana mengizinkan ujian ini kepada saya," katanya. 


Baru sebentar tadi, Cik Pia turut berkongsi video anak keduanya yang dikatakan lahir tanpa pernah merasa kasih sayang bapanya. 


"Arumi anak yang sangat hebat, anak yang luar biasa rezekinya. Anak yang lahir tanpa kasih sayang seorang bapa. Tak pernah disentuh, tak pernah mendengar suara daddy.  Tapi Alhamudulillah membesar dengan baik, dengan kasih sayang dari ramai orang. 


"Nenek cakap, anak yang sangat mudah dijaga. Tak meragam langsung. Maybe Arumi faham mami kena kerja. Anak bertuah kesayangan ramai ni. Tuntut hakmu wahai anak bila kamu sudah besar," katanya. 


@norsufiajohari Arumi anak yg sgt hebat anak yg luarbiasa rezekinya#fypã‚·゚viral #trending #cikpia #tiktoker #fypage #fyp #fypã‚· #viral #dudukje #fypp #tiktokviral #coffitz #arjunarumi ♬ catatanku - 😘"Rìsdã93"❤️


NETIZEN TURUT BERSIMPATI


"Naudzubillah himinzalik nya lelaki macam ini clout chaser bagi satu dunia tahu lafaz dekatt public macam benda tu main-main. Anak kecik lagi. Semoga tak tenanglah hidup dia buat isteri macam tu dan dipersusahkan segala urusan. Kalau tak nak, lepaskan secara baik kepada keluarga dia," kata Wan. 


"Lelaki macam ini kalau Allah tarik sihat kau tiba-tiba jatuh lumpu. Duduk di hospital seorang diri tak ada orang jaga. Makan semua sendiri, baru dia tahu apa yang dia dah aniaya semua orang. Tengah sihat memang sombong dan bongkak macam ni," kata Imma. 


"MyJakim sepatutnya ambil tindakan keras ke atas suami-suami yang mempermainkan Islam dengan menceraikan isteri demi content. Hukuman penjara perlu dilaksanakan supaya jantan-jantan seperti ini tidak membiak," kata Nurul. 


Sumber: Twitter



source https://www.thereporter.my/2023/03/video-saya-ceraikan-nur-sofia-johari.html
Previous
Next Post »