'Terkantoi baru-baru ini' - Farid Kamil dakwa rumah tangganya retak disebabkan orang ketiga



Pelakon Farid Kamil dilihat kecewa selepas keluar dari Makhamah Rendah Syariah Petaling dan dalam masa sama menjelaskan dia sudah berusaha untuk memujuk isterinya, Diana Danielle. 


"Alhamdulillah. Saya bersyukur hari ini kerana Allah telah memberi petunjuk dan hidayah di mahkamah. So, saya dah cuba sedaya upaya saya memujuk Diana, atas kesalahan yang tak munasabah.


"Hari ini saya dapati, seperti yang saya maklum bahawa ada pihak ketiga yang menyokong beliau daripada belakang. Siapa pihak ketiga? Itu wartawan boleh bertanya kepada Diana. 



"Sebab saya kalau seboleh-bolehnya saya nak tegakkan undang-undang Islam, saya nak tegakkan hak sebagai seorang suami yang rumah tangganya diganggu orang ketiga.


"Yang mana saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami diperlakukan sebegitu dan apabila kita menuntut jawapan daripada dia tentang perkara tersebut, perpisahan yang diminta. 


"Saya sayangkan keluarga saya, anak-anak saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini rupa. 


"Saya baru confirm baru-baru ini dan saya aware daripada tahun lepas lagi. Ia bukan masalah berlarutan, cuma terkantoi baru-baru ini. 


"Saya harus menyelamatkan isteri saya daripada diperlakukan seperti itu. Saya sayangkan anak-anak saya, kerana tanpa isteri, saya takkan dapat berjumpa dengan anak-anak saya. Saya dah tak dibenarkan berjumpa dengan anak, dah 23 hari, telefon anak juga tidak dibenarkan," katanya. 



Farid juga memaklumkan, sejambak bunga merah yang dibawanya turut dibuang. Apatah lagi, cincin yang dibeli sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka juga tidak diterima oleh Diana. 


"Saya dah beli cincin, sebagai celebration untuk 11 tahun perkahwinan. Tak adalah mahal sangat," katanya. 


Sumber: Xtra



source https://www.thereporter.my/2023/03/terkantoi-baru-baru-ini-farid-kamil.html
Previous
Next Post »