'Saya bersyukur dengan pencapaian ini' - CEO Chatime Aliza Ali teruja dijemput ke Bursa Saham Hong Kong



Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai penyampai di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) hari ini.


Ini juga seiring dengan kemajuan jenama minuman terkemuka itu dengan pengenalan pelbagai produk baharu buat pelanggan.


“Saya bersyukur dengan pencapaian ini. Saya bangga dengan kerja keras, dedikasi, dan pengorbanan yang saya lakukan untuk mencapai ke titik ini.


"Saya juga mengakui bahawa saya tidak dapat melakukannya sendiri. Sokongan dan dorongan keluarga, sahabat, pasukan dan mentor saya sangat berharga.


"Pencapaian ini bukan hanya merupakan tonggak peribadi, tetapi juga bukti ketekunan dan tekad," katanya dalam kenyataan media.


Beliau berkata, pengiktirafan ini membuktikan bahawa segala cabaran dapat diatasi dengan kerja keras dan fokus yang berterusan.

Ini sekali gus menjadikan beliau wanita Malaysia pertama yang dijemput ke HKEX.


Pencapaian itu antara lain juga membuktikan satu kejayaan yang dilakar oleh anak tempatan di peringkat antarabangsa dengan membariskan nama negara sebaris dengan jenama terkemuka seperti AliBaba dan Yum China (KFC & Pizza Hut).


Bermula pada tahun 2011 dengan hanya dua cawangan, kini jenama berkenaan terus berkembang dengan mempunyai lebih daripada 100 cawangan.


Dalam pada itu, Chatime turut memperkenalkan tiga lagi jenama terbaharu iaitu Hello - Frozen Yogurt, Hotbox - Sausage & Fries dan GoBerry, minuman suplemen kesihatan yang bakal dikembangkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pasaran Indonesia dan Singapura.


Sumber: Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2023/03/saya-bersyukur-dengan-pencapaian-ini.html
Previous
Next Post »