Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah sebagai anak tempatan pertama yang menang trofi Oscar. Beliau diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan mantapnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once di Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Kemenangannya itu turut dirasai oleh rakyat Malaysia dan berbangga dengan kejayaan pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu.
Namun begitu, penceramah bebas, PU Syed menyelar individu yang berbangga dengan anugerah itu.
“Apa dibangga dgn anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia?apa yang perlu dibanggakan sangat tu?
Ujarnya, berbangga dengan bukan urusan agama tidak mendatangkan manfaat.
“Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanafaat kepada urusan agama. Biar lah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu, tidak kepada yang beriman!
Rata- rata netizen bersetuju dengan hantaran dari PU Syed ini apatah lagi apabila filem tersebut didakwa mengandungi unsur yang tidak sepatutnya. Ada juga netizen yang tidak menyokong kenyataan ini dan menyatakan sokongan ini hanya lah kerana watak yang dibawakan oleh Michelle.
“We celebrated her winning oscar bukan sokong atau support LGBT ke, tapi sebab watak dia. Takde kita nak berarak dari KLCC ke Pavillion bawak banner muka Michelle. Just said congrates for her best talent,” kata Nelly Syed Abu Backer.
Sumber: PU Syed Official
source
https://www.thereporter.my/2023/03/apa-yang-perlu-dibanggakan-sangat.html
This is dummy text. It is not meant to be read. Accordingly, it is difficult to figure out when to end it. But then, this is dummy text. It is not meant to be read. Period.
Related Post
'Kudanya slow je jalan, gegarnya bukan main' - Video bakal isteri Shuib tunggang kuda buat netizen geli hati
Dua hari lalu, bakal isteri pelawak Shuid Sepahtu, Watie Hanifiah memuat naik video di TikTok y
Ridzuan Hashim meninggal dunia, hembus nafas terakhir di HKL
Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpu
'Ada beberapa artis, jutawan yang aku ingat ada kilang sendiri, rupa-rupanya...' - Wanita dedah taktik penipuan geng-geng founder produk timbang kilo
Sebelum ini, kita didedahkan dengan produk timbang kilo yang tidak menepati piawaian, kali ini,
'Apa yang berlaku, buat saya kian kenal ramai rakan suka tikam belakang' - Dato' Hattan
Penyanyi, Datuk Hattan lebih memilih untuk berdiam diri semenjak insiden yang lalu. Menerusi la