'Kami sepatutnya mendarat di Malaysia' - 184 pelarian Rohingya dipaksa terjun & berenang ke pantai Indonesia



Kira-kira 184 pelarian Rohingya dilaporkan mendarat di pantai Indonesia kelmarin selepas dipaksa terjun daripada sebuah bot. 


Penduduk di bandar Peureulak, Aceh Timur berkata, mereka menemui sekumpulan pelarian terbabit yang terdiri daripada 94 lelaki, 70 wanita dan 20 kanak-kanak, lalu memaklumkan kepada pihak polis. 


Ketika ditemui, majoriti pelarian Rohingya beragama Islam itu kelihatan lemah, dipercayai sudah tidak menjamah makanan berhari-hari. 


Ketua Mukim Peureulak, Nasri berkata, lebih kurang lima daripadanya telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala yang lain tleah ditempatkan sementara di sebuah masjid untuk diberi makanan dan rawatan perubatan. 


Menurut salah seorang pelarian, Ali, berkata, mereka sebenarnya dalam perjalanan meuju ke Malaysia daripada Myanmar. Setibanya di lokasi, mereka diminta terjun daripada bot dan dipaksa berenang ke pantai, oleh kapten bot berkenaan yang kemudian segera meninggalkan mereka. 


Pada waktu ini, pihak berkuasa tempatan sedang berbincang dengan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa mengenai pelindungan untuk kumpulan pelarian itu. 


Sumber: AFP, Kosmo! Online



source https://www.thereporter.my/2023/03/kami-sepatutnya-mendarat-di-malaysia.html
Previous
Next Post »