'Putrajaya akan mempertimbangkan kaji semula monopoli Touch 'n Go' - PMX



Putrajaya dilapor akan mempertimbangkan semula monopoli Touch 'n Go (TnG) selepas lebih dua dekad beroperasi tanpa perkembangan atau kemajuan yang menyakinkan. 


Di majlis dialog 'Bertemu Anwar' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam, seorang pelajar universiti bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menamatkan monopoli Touch 'n Go memandangkan kad itu kini dibenarkan untuk membayar parkir dan di stesen minyak.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan balasnya  mengakui, beliau tidak kagum dengan kemajuan syarikat itu selepas kewujudannya selama lebih dari dua dekat. 


"Touch 'n Go telah beroperasi selama lebih dua dekad, belum ada perkembangan atau kemajuan yang menyakinkan dalam sistem ini. 


"Saya rasa anda betul, kita perlu mempertimbangkan semula perkara ini," katanya. 


Pada tahun 1997, kad Touch ‘n Go pertama telah diperkenalkan dan tiga tahun kemudian, SmartTAG telah dijual untuk meningkatkan keselesaan pelanggan di tol.


Sementara itu, pada tahun 2008, kad Touch ‘n Go menjadi cara pembayaran di kereta api dan bas, mengembangkan pengalaman tanpa tunai kepada pengguna baru.


Sumber: MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2023/03/putrajaya-akan-mempertimbangkan-kaji.html
Previous
Next Post »