(Video) 'Salah ke kalau pelajar pakai baju PJ semasa bulan puasa?! Hotak kau!' - Pelajar kritik guru sekolah



Pertengahan bulan lalu, sesi persekolahan bagi tahun 2023 telah bermula. Bermacam-macam ragam para pelajar dapat dilihat lebih-lebih lagi pelajar Tahun 1 yang baru memulakan persekolahan. 


Jika usia sebegini, tidak hairan lah jika ‘drama air mata’ dan ragam lucu berserta dengan rungutan apatah lagi di bulan puasa. Tetapi jika usia sudah memasuki peringkat menengah, tidak perlu lagi dipertontonkan atau didengari rungutan yang tidak masuk akal lebih-lebih lagi memuat naik pula ke media sosial.


Seorang pelajar perempuan dikecam gara-gara meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan peraturan pihak sekolah yang tidak membenarkan pelajar memakai baju t-shirt atau baju Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK) ketika di bulan puasa.


“Kepada cikgu-cikgu di luar sana, salah ke kitorang pakai baju PJ semasa bulan puasa? Salah ke? Tak pernah lagi aku dengar ustaz-ustaz di media sosial, ustaz-ustaz kat sekolah ke cakap memakai baju PJ semasa bulan puasa adalah membatalkan puasa. Tak pernah lagi aku dengar. Murid-murid dilarang memakai baju PJ semasa di bulan puasa ya, terima kasih. Hotak kau!


“Kau tau tak kitorang ni tak dan basuh. Kau takpe la pakai baju lain-lain hari, lain-lain baju. Kitorang ni pakai baju sama setiap minggu satu bulan. Kitorang tak dan basuh. Baju pun dua helai je,” katanya.



Luahnya lagi, perhimpunan yang diadakan setiap hari mengambil masa yang sangat lama memandangkan cuaca yang tidak menentu. Hal itu menyebabkan dia berasa tidak selesa jika berpakaian dengan baju uniform.


“Dah la sekolah aku dia buat perhimpunan setiap hari, setiap hari pun macam hari Isnin. Lama nak mampos. Kalau boleh tu, kena habis satu pelajaran dulu, baru kitorang masuk ke kelas. Berdiri tercangak kat situ dengan hujan tak boleh duduk dan kau pernah tanya ke kitorang kenapa murid-murid kena pakai baju PJ. Selalu dengar luahan daripada cikgu je kan? Ni dengar luahan daripada student pulak,” katanya.


Rungutan pelajar ini dikecam netizen. Netizen berpendapat pelajar ini bersikap biadap kerana menghentam guru secara terbuka di media sosial. Sedangkan hal yang dibangkitkannya itu adalah masalah kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah tanpa perlu menghentam guru dan sekolah.


Sumber:  Nonie Sarawanie, TikTok kaplahhighcouncil5



source https://www.thereporter.my/2023/03/video-salah-ke-kalau-pelajar-pakai-baju.html
Previous
Next Post »