'Ibu cakap saya kena sihir, bukan.. saya yang buat pilihan' - Syamsul Yusof enggan ceraikan Puteri Sarah walaupun didesak ibunya sendiri



Ibu kepada pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah baru-baru ini memuat naik komen di media sosial portal hiburan yang meminta anaknya melepaskan isterinya, Puteri Sarah. 


"Ohhh tahu sakit? Begitulah juga rasa seorang isteri yang dicurangi. Allah itu Maha Adil. Kalau begitu, tak perlu berdamai, lepaskan saja!" tulisnya. 


Puteri Sarah turut memuat naik semula kenyataan ibu mertuanya itu di Instagram dan bersetuju bahawa Syamsul tidak perlu memutarbelitkan cerita. 


"Agree with you mama. Tak payah cakap banyak spin sana sini. Lepaskan jelah, simpan lagi buat apa," katanya.


Datin Patimah percaya, masalah rumah tangga anaknya itu berlaku disebabkan orang ketiga dan meminta Puteri Sarah untuk terus berjuang dengan segala bukti yang ada. 




Bagaimanapun, Syamsul enggan menuruti kehendak ibunya. Biarpun sedih dengan kata-kata ibunya itu, Syamsul tidak berasa marah dan dia mempunyai alasannya tersendiri untuk tidak berbuat demikian. 


"Sebagai anak, saya sedih tapi saya tak rasa sakit hati pun dengan ibu saya. Apa pun, dia tetap ibu saya. Tetapi itulah, inilah ujian saya. 


"Mungkin ibu saya mahu saya menceraikan isteri (Puteri Sarah) saya sekarang ini, saya tak boleh buat begitu. Saya minta maaf kepada ibu, saya tak ada pilihan sekarang ni. InshaAllah masa akan menentukan hubungan saya dengan keluarga saya. 


"Saya faham ibu sedih dan terluka, tetapi kalau boleh jangan dikongsikan di sosial media. Tak mengapa (ibu saya sokong Puteri Sarah). Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua. Macam saya cakap, ibu tak tahu cerita sebenar," katanya. 


Syamsul mengakui dia ada cuba menghubungi ibunya, namun seperti mana yang diketahui umum sudah tentu ibunya marah. 


"Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat. Bukan! No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua), ini pilihan saya. Bukan Ira yang mengganggu. Saya yang membuat keputusan," katanya. 


Sumber: Instagram Puteri Sarah, Xtra



source https://www.thereporter.my/2023/03/ibu-cakap-saya-kena-sihir-bukan-saya.html
Previous
Next Post »