Anak-anak merupakan satu permata yang seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak diibaratkan seperti melepaskan satu amanah penting.
Satu video tular melalui aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh sukarelawan yang dikenali sebagai Abbe Hae, memaparkan seorang anak kecil dibiarkan tidur dengan beralaskan kotak di tepi jalan pada waktu malam.
Abbe Hae mengecam tindakan penjaga kepada kanak-kanak itu yang sewenang-wenangnya meninggalkan dan membiarkan kanak-kanak itu tidur keseorangan.
Apabila ditanyakan tentang penjaga kanak-kanak itu, ada beberapa orang wanita menjawab ibunya berada di hospital, manakala bapanya sedang memancing ikan di tempat lain.
Abbe Hae yang merupakan sukarelawan bagi Pertubuhan Jejak Jalanan, meluahkan rasa geram dengan tindakan si bapa dan menegaskan dia sendiri akan membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah jika tiada sesiapa yangg membawa kanak-kanak itu pulang.
“Aku sulaa juga bapak dia ni kang. Pergi mancing tinggalkan anak dia macam ni,” kata Abbe Hae.
Mujur ketika itu ada seorang wanita yang sudi membawa balik kanak-kanak itu pulang ke rumahnya.
Saw this video on Tik Tok. Nangis ah tengok video mcmni. Anak2 memang tiada pilihan untuk pilih Mak Ayah, tapi kita sebagai Mak Ayah ada pilihan untuk jadi yang terbaik untuk anak2.
— Naz 🍥 (@_NazriH) March 10, 2023
Semoga anak ini sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah 🤲🏻 pic.twitter.com/Bf0Py9k5UI
Rata-rata netizen turut mengecam tindakan bapa kanak-kanak itu yang tergamak membiarkan anaknya keseorangan yang berisiko menjadi mangsa culik pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Anak tak boleh pilih ibu bapanya, tapi ibu bapa boleh pilih untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak atau tidak. Semoga anak ini sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah,” kata Adek_abang99.
“Adui kesian anak dibiarkan gitu. Terima kasih tuan kerana prihatin. Semoga diberikan kesihatan selalu,” tulis Billy The Kid.
Sumber: TikTok Abbehae
source https://www.thereporter.my/2023/03/aku-sulaa-juga-bapak-dia-ni-kang-bapa.html