‘Sorry Shu, harga Shelup Shelup tu pricey, kita ni tak mampu nak support’ - Netizen mohon Nurul Shuhada turunkan harga produk



Sejak mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing-masing, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengambil keputusan untuk berniaga produknya biskutnya sendiri yang diberi nama Shelup-Shelup dengan tagline Satu Tak Cukup. 


Inisiatifnya itu menerima sambutan yang mengalakkan dan netizen juga mahu turut serta membantu ibu kepada dua cahaya mata itu untuk bangkit semula untuk meneruskan kehidupan baharu. 


Bagaimanapun, ada netizen yang meluah rasa terkejut dengan harga produk tersebut bernilai RM179. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya, perlu membayar RM15 bagi caj penghantaran. 


Menurut netizen, mereka mahu membantu Nurul Shuhada tetapi apabila melihat harga produk itu, hasrat itu tersangkut di skala lima. 


"Rasanya Cik Shu kena buat entry product dulu. Yang harga mampu milik like 3 biscuit 1 dipping 1 crumbs like RM40-RM70. Then baru pakej yang RM179 ini," kata Deenos Ice Cream. 


"Untuk permulaan ini, kenapa tak buatt kuantiti sikit-sikit dulu. Baru ramai dapat support sebab harga sekarang mahal sangat walaupun kuantiti dia banyak," kata Khirashah. 


"A bit pricey. Saya ingat dia buat sendiri kuih, then jual. Rupanya still repack dari kilang. Kalau beli kuih raya yang bahan premium boleh dapat empat balang. Which is sebalang around RM42. Bukan nak cakap kita bukan target market, but kalau dia buat kuih untuk raya more better kot ini untuk makan-makan saja dengan chocolate," kata Nursyaa. 




Walaupun begitu, ada netizen berpendapat Nurul Shuhada berbuat demikian ada sebabnya tersendiri. 


"Dia jual sekali banyak tu sebab dia cakap biar orang rasa dulu semua. Then baru dia keluarkan pack untuk setiap cookies supaya orang boleh pilih," kata Puteri. 


Sumber: TikTok Faesecret



source https://www.thereporter.my/2023/03/sorry-shu-harga-shelup-shelup-tu-pricey.html
Previous
Next Post »