'Tak habis-habis buat live TikTok perli-perli saya, ini cerita apa ni?' - Syamsul Yusof dedah punca Aaron Aziz digugurkan dari filem The Original Gangster



Sebelum ini, pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia dibuang dari membintangi filem The Original Gangster, arahan pengarah Syamsul Yusof. Hal itu membuatkan Aaron berkecil hati dan menuntut Syamsul untuk datang berjumpa dan memohon maaf kepadanya, tetapi ditolak. 


Setelah lama berdiam diri mengenai isu itu, Syamsul dalam sidang media khas semalam mendedahkan punca sebenar pelakon kelahiran Singapura itu digugurkan. 


Menurut Syamsul, keputusan menggugurkan Aaron bukan dibuat oleh beliau secara bersendirian. Tetapi keputusan itu juga datang dari pihak penerbit dan juga barisan pelakon lain.


'AARON AZIZ DAH TUA, GEMUK, SLIPPED DISC'


"Minta maaf, tetapi saya perlu cakap benda betul dekat sini. Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron Aziz dalam filem ini. 


"Penerbit saya dah cakap, Syamsul, Aaron tak boleh, dia dah tua. Dia dah gemuk. Saya cakap kita beri Aaron masa sebab dia dah berjanji dengan saya yang dia boleh kuruskan badan, dia boleh 'training'," katanya. 


Jelas Syamsul, dia juga ada berbincang dengan beberapa penerbit untuk melanjutkan lagi tempoh penggambaran bagi memberi ruang kepada Aaron. Namun perkara itu tidak dapat dielakkan dan keputusan itu dibuat juga kerana bimbang dengan keadaan Aaron yang sebelum ini pernah mengalami slipped disc. 


"Sebab pertama nama Aaron Aziz digugurkan daripada filem ini adalah kerana, sebagai seorang sahabat saya takut jika ada apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi kerana dia mengalami slipped disc. 


"Jika ada apa-apa yang berlaku nanti, saya pula yang akan dipersalahkan," jelasnya. 


PARA PELAKON LAIN MENGADU AARON ADA MASALAH DISIPLIN


Selain itu, beberapa pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy serta pasukan koreografi juga mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan keupayaan Aaron disebabkan keadaan dirinya itu. 


Malahan, ketika menjalani latihan sebelum penggambaran, ada yang memberitahunya bahawa Aaron bermasalah, termasuk masalah disiplin. 


"Saya kalau boleh tak nak cakap benda ni, tetapi saya terpaksa cakap. Semua orang ada masalah dengan dia. Semua beritahu saya bahawa Aaron ada masalah sewaktu sesi latihan, termasuklah masalah disiplin. 


"Tetapi saya masih ingin berikan dia peluang kerana saya faham dia tengah sakit. Mereka juga ada berkongsi video sesi latihan dengan saya. Namun setelah berbincang, memang kita tak boleh buat apa-apa. Masalah kesihatan ini tidak boleh dibuat main. 


"Saya menghubungi dia dan minta maaf kerana terpaksa menggugurkan nama dia walaupun saya sayangkan dia. Sayalah orang pertama yang nak dia jadi hero filem ini. Saya masih percayakan Aaron Aziz. Tetapi nak buat macam mana, mungkin kerana faktor usia dan kesihatan. 


"Dan ketika itulah dia melantun dan cakap ini mesti keputusan daripada pihak saya. Tetapi saya cakap saya tak boleh buat apa-apa. Saya dah cuba pujuk dan lakukan yang terbaik untuk menyakinkan pihak penerbit. 


KERAP BUAT LIVE DI TIKTOK, PERLI-PERLI


"Saya beritahu dia, bro aku tak nak bergaduh dengan kau. You are still my brother no matter what. Tetapi kalau itulah pandangan kau terhadap aku, aku nak buat macam mana bro?


"Aaron kata saya kena minta maaf dengan dia, 'Jangan sampai aku buka aib kau'. Apa benda ni? Inkah Aaron Aziz yang aku kenal selama ini? Hero yang aku pandang tinggi?


"Lepas tu tak habis-habis buat live di TikTok perli-perli saya cakap tahulah dia dah besar, ada rumah besar, kereta besar. Ini cerita apa ni? What are you talking about? Nak saya jumpa dia dan minta maaf atas sebab apa? Saya tak faham. 


"Secara umum saya cakap, kita sebagai seorang selebriti kalau rasa nama kita dah goyah atau jatuh, nombor satu kita kena percaya rezeki Allah. Lebih atau kurang, kita kena terima. Lepas tu kita cuba buktikan dengan hasil kerja kita dengan bakat yang Allah kurniakan. Bukan cari point macam mana nak naikkan nama balik dengan menunggang kisah orang lain," katanya. 


Sumber: Getaran



source https://www.thereporter.my/2023/03/tak-habis-habis-buat-live-tiktok-perli.html
Previous
Next Post »