'Maaf dekat Humairah & Umar? No, penyondol akan sentiasa penyondol!' - Nurul Shuhada tuju pada Athira Yuhada



"Penyondol always penyondol!!!" tulis bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di Instastorynya semalam. 


Ibu kepada dua cahaya mata itu sebelum ini pernah berkata bahawa dia boleh memaafkan Athira Yuhada yang menjadi punca rumah tangganya bersama Hafidz musnah. Namun tidak akan melupakan apa yang telah berlaku. 


Bagaimanapun, 'nadanya' berubah selepas dia diceraikan oleh pelakon itu. Malah, Nurul Shuhada juga tidak menerima permohonan maaf Athira kepada dua anaknya. 


"(Minta) maaf dekat Humairah dan Umar? No, penyondol akan sentiasa penyondol! Kali ini I sendiri akan cakap, bukan dari orang lain since I dah bercerai. 


"Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini," tegasnya. 




Semalam, Nurul Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk menamatkan hubungan itu. 


"Ya betul, saya sudah failkan perceraian selepas ia dipersetujui kedua-dua pihak. Ia berlaku atas persetujuan bersama Hafidz dan keluarga saya," katanya kepada media. 




Sumber: Instagram Nurul Shuhada, Berita Harian

source https://www.thereporter.my/2023/03/maaf-dekat-humairah-umar-no-penyondol.html
Previous
Next Post »