Kanak-kanak 8 tahun ditemui mati dalam keadaan tangan & kakinya terikat, tanpa organ



Penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan bernama Hafiza, berusia dua tahun di kawasan ladang kelapa sawit di Bukit Intan Blok S47, Kecamatan Kelapa, Indonesia, menggemparkan warga penduduk di daerah itu.


Sebelum kejadian, mangsa, Hafiza, anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan keluar bermain dengan rakan-rakannya di kawasan ladang kelapa sawit.


Anak perempuan dari pasangan Edi Purwanto dan Zaidah itu ditemui dalam keadaan tangan terikat dan tubuh badannya dipenuhi dengan luka.


Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), I Made Oka Astawa berkata, mayat mangsa ditemui oleh pekerja ladang kira-kira enam kilometer dari lokasi pertama mangsa dilaporkan hilang. 


"Semasa diperiksa, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, badan terurai tanpa organ dalaman, malah wajahnya juga tidak dapat dikenali," katanya. 


Mayat kemudian dihantar ke unit forensik hospital berdekatan untuk dibedah siasat, kerana polis percaya mangsa meninggal dunia akibat perbuatan jenayah.


Doktor berkata, mayat mangsa yang sudah mulai membusuk menyukarkan pihaknya untuk melakukan proses autopsi. Namun berdasarkan pemerhatian awal, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu. 


Turut dikesan luka bekas tikaman senjata tajam. Sebahagian besar organ dalamannya juga tidak ditemui. 


Polis kini sedang menunggu hasil keputusan ujian DNA bagi memastikan kanak-kanak itu adalah anak kepada pasangan Edi Purwanto dan Zaidah.


Edi Purwanto (Bapa mangsa)


Sementara itu, Edi kelihatan pasrah dengan kejadian yang menimpa anaknya. 


"Saya sedih, kenapa anak saya harus menjadi sasaran. Anak kami tak bersalah, dia tidak tahu apa-apa. Kalau ada masalah dengan kami, kenapa tak berbincang?" katanya. 


Edi mendedahkan, sehari sebelum mayat anaknya ditemui, dia menerima pesanan WhatsApp dari nombor tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak 100 juta rupiah (RM29,000), dengan gambar mangsa dalam keadaan kaki dan tangan diikat, sama seperti mayat yang ditemui oleh pasukan SAR.


Sumber: Kompas



source https://www.thereporter.my/2023/03/kanak-kanak-8-tahun-ditemui-mati-dalam.html
Previous
Next Post »