2 sekawan dibelasah 7 lelaki yang tidak berpuas hati dimaki hamun hanya kerana enggan bermain Mobile Legend



Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki memukul dua pemuda berumur 20-an dalam pergaduhan berpunca daripada permainan video dalam talian “Mobile Legend” di Telok Mas petang semalam.


Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata pergaduhan berlaku semasa pengadu bersama seorang rakannya yang berada di sebuah stesen minyak, didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal yang kemudian bertindak memukul mereka.


Beliau berkata, pengadu menerima 10 jahitan di dahi dan patah tulang hidung akibat dipukul dengan topi keledar.


“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus berikutan rasa tidak puas hati kerana maki hamun ekoran keengganan bermain Mobile Legend,” katanya dalam kenyataan.


Menurutnya, semua tujuh lelaki berumur 16 hingga 28 tahun itu ditahan di Jalan Kota, sekitar tengah malam tadi, dan kes disiasat mengikut 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera, serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.


Ketujuh-tujuh suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.


Sumber: Bernama



source https://www.thereporter.my/2023/03/2-sekawan-dibelasah-7-lelaki-yang-tidak.html
Previous
Next Post »