Warga emas maut selepas melampias nafsu dengan pelacur



Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun meninggal dunia di dalam sebuah bilik di rumah tumpangan di Kecamatan Pare, Jawa Timur, Indonesia pada Rabu, 23 Mac 2022. 


Ketua Polis Kecamatan Pare, Nyoman Sugita berkata, mangsa yang hanya dinamakan sebagai 'SP' datang ke tempat itu untuk bertemu dengan seorang wanita separuh usia, 'SU', 48.


Siasatan awal mendapati, mereka melakukan hubungan seks seperti suami isteri kira-kira 10 minit. SU kemudian pergi ke bilik mandi meninggalkan lelaki itu di katil. 


Selepas keluar dari bilik mandi, SU mendapati lelaki itu dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri, malah tidak bernafas. SU terus meminta bantuan pemilik rumah tumpangan yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. 


Paramedik yang datang ke lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan tiada sebarang tanda-tanda penganiayaan. 


Pemeriksaan lanjut di lokasi menemukan barang bukti seperti sebungkus ubat kuat, dokumen kenderaan dan sejumlah wang. 


"Kami menemui beberapa barang bukti untuk siasatan dan mayat mangsa akan diserahkan kepada pihak keluarga untuk dikebumikan," katanya. 


Sumber: Tribun News



source https://www.thereporter.my/2022/03/warga-emas-maut-selepas-melampias-nafsu.html
Previous
Next Post »