'Agenda hudud tak dapat diteruskan kerana kekangan Perlembagaan & tiada sokongan UMNO' - Presiden PAS



Baru-baru ini Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dan Presiden Gerakan, Dominic Lau mengesahkan PAS tidak lagi bersuara mengenai agenda hudud selepas menjadi kerajaan. 


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagaimanapun memberikan alasan agenda hudud yang diperjuangan partinya selama ini tidak dapat terus dilaksanakan kerana kekangan Perlembagaan Persekutuan. 


Selain itu, ketiadaan sokongan daripada parti politik lain seperti UMNO juga menyukarkan lagi usaha PAS merealisasikan hukum hudud dilaksanakan di negara ini. 


Keberadaan PAS dalam kerajaan pusat juga seperti sia-sia disebabkan keadaan itu menjadikan usaha mereka mendapatkan sokongan dua pertiga di daripada ahli Dewan Rakyat bagi meminda Perlembagaan tidak kesampaian. 


"Jika Ahli Parlimen PAS dan UMNO sahaja mengundi, tidak cukup. Malah, tidak semua Ahli Parlimen UMNO menyokongnya, apatah lagi wakil rakyat Pakatan Harapan (PH)," kata Ahli Parlimen Marang itu.


PAS sebelum ini pernah diberi ruang untuk membawa usul rang undang-undang melalui Abdul Hadi bagi meminda Akta 355. Abdul Hadi membentangkan usul pindaan akta tersebut (RUU 355) di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016. Tetapi usul itu hanya dibentangkan dan tidak dibahaskan sehingga ke hari ini. 


Sumber: MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2022/03/agenda-hudud-tak-dapat-diteruskan.html
Previous
Next Post »