'Ikan 10 sen punya pasal, kena Covid pun takpe' - Netizen kecam pihak Mydin Tunjong tak kawal pelanggan berebut beli ikan



Tular video di media sosial yang memaparkan pelanggan berebut ikan yang dijual dengan harga 10 sen di Mydin Tunjong, Kelantan, yang baru saja memulakan operasinya. 


Bersempena dengan hari pertama pembukaan, pengurus pasar raya telah membuat promosi besar-besaran sehingga menarik perhatian ramai untuk datang ke Mydin Tunjong.


Dalam video tular itu menunjukkan ramai pelanggan berebut mengambil ikan Mabong yang dijual dengan harga 10 sen dan sekali gus telah melanggar SOP sedangkan negara masih lagi bergelut dengan wabak Covid-19 yang masih mengganas. 


Di media sosial, netizen mula mempertikaikan tanggungjawab Mydin dalam memastikan pelanggannya mematuhi SOP dan tiadanya penjarakan di antara pelanggan lelaki dan wanita sehingga ada yang bersentuhan ketika berasak-asak mengambil ikan tersebut. 



Netizen bimbang keadaan huru-hara seperti itu akan mencetuskan kluster baru kes Covid-19. 


"Bukan main lagi berebut. Omicron menanti korang. Lepas ni kes bertambah naik lagi," kata Azlin. 


"Macam tak pernah ikan. Pasar raya itu patut kena saman. Buat promotion yang menyebabkan orang lupa SOP," kata Rahimah. 


"Ikan murah punya pasal. Kena covid pun tak apa kerana ada kambing hitam untuk disalahkan," kata Ismail. 



source https://www.thereporter.my/2022/03/ikan-10-sen-punya-pasal-kena-covid-pun.html
Previous
Next Post »