11 pelanggan kedai makan cedera dilanggar kereta Honda terbabas

Foto Info Roadblock JPJ/POLIS


11 individu yang sedang menikmati makanan masing-masing di sebuah kedai makan di Jalan Klang Lama dirempuh sebuah kereta jenis Honda yang baru keluar dari tempat letak kereta. 


Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 9.15 malam Ahad dan kereta tersebut dipercayai terbabas sebelum melanggar kesemua mangsa sehingga menyebabkan kecederaan. 


"Kereta yang baru keluar dari parkir itu terbabas lalu melanggar pelanggan di kedai makan berkenaan," - FB Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 










Tiga ambulans APM Daerah Kuala Lumpur dikerahkan ke lokasi untuk membantu mangsa. Lima mangsa diberikan rawatan awal dilokasi dan dihanatr ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan. 


Tiga lagi mangsa lain dihantar ke hospital menggunakan ERMS Bomba, sementaar tiga lagi mangsa lain yang hanya mendapat kecederaan ringan menolak untuk diberi rawatan lanjut di pusat perubatan. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



source https://www.thereporter.my/2022/03/11-pelanggan-kedai-makan-cedera.html
Previous
Next Post »