Tak nak ambil vaksin, 57 guru KAFA Selangor digantung 2 bulan

Foto Hiasan Sahaja


Enggan ambil suntikan vaksin Covid-19, seramai 57 guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) di Selangor digantung tugas selama dua bulan, bermula hari ini. 


Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, dalam tempoh itu kesemua guru terbabit diberi masa untuk mendapatkan suntikan vaksin. 


Kegagalan berbuat demikian akan mengundang tindakan ditamatkan perkhidmatan serta-merta. Tindakan itu dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan JAIS berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 


September 2021, Sultan Selangor menzahirkan dukacita dan kecewa apabila hanya 203 daripada 873 guru KAFA, ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan jurunikah di Selangor yang hadir ke program vaksinasi khas Covid-19 Frontliner JAIS. 


Lebih mendukacitakan, 96 daripada 203 yang hadir menolak untuk divaksin. 


Justeru, baginda bertidah, nama individu yang memutuskan untuk tidak divaksin akan diteliti dan satu ketetapan berhubung tindakan akan diambil terhadap mereka. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/03/tak-nak-ambil-vaksin-57-guru-kafa.html
Previous
Next Post »