'Kesian pula tengok Ismail Sabri kena macam ni'

Ihsan Netizen


Tular di media sosial video yang mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri tidak diberi layanan yang sepatutnya oleh rakan seperjuangannya menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 


Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan Ismail Sabri terdahulu berada di barisan hadapan untuk sesi bergambar bersama media selepas Barisan Nasional (BN) diumumkan menang majoriti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu. 


Ismail Sabri kemudian 'ditolak ke tepi' selepas Presiden UMNO Zahid Hamidi menarik tangan bekas perdana menteri Najib Razak untuk bersama dengannya di barisan hadapan. Sekali gus menempatkan Ismail berada di belakang kelompok pemimpin tertinggi. 



Bagi netizen, hal itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri semasa yang sepatutnya berada di barisan hadapan berbanding pemimpin yang lain. 


"Saya bukan penyokong Ismail Sabri, tetapi saya sangat marah bila tengok video ni. Tak kira apa pun, dia tetap perdana menteri kita!" kata Renac. 


"Langsung tidak hormat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang berdiri di sebelah dia. Allahuakbar. Apa nak jadi dengan dia ni," kata Zul Harry. 


"Ismail Sabri dilantik sebagai PM hanya untuk bubarkan Parlimen dan laksanakan PRU15. Selepas menang PRN Johor, akan ada tekanan dari kem presiden," kata BroQim. 


"Di atas jalan raya, rakyat diarah ke tepi. Di atas pentas BN, dia pula disuruh ke tepi," kata Bang Chaq. 


"Pada pendapat saya ini sambutan parti. Betul dia PM tetapi dalam parti dia pegang jawatan nombor tiga. Jadi tak nampak janggal sebab ada timbalan presiden di sebelah presiden, pengerusi perhubungan negeri pun ada, naib presiden dan pengerusi lembaga penasihat BN," kata Mohd Noor Aliff. 


Apa pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di Facebook dan Instagram The Reporter. 


Sumber: Twitter Amofficialmy



source https://www.thereporter.my/2022/03/kesian-pula-tengok-ismail-sabri-kena.html
Previous
Next Post »