Guru lakukan persetubuhan luar tabii terhadap budak 12 tahun didakwa di mahkamah

Foto Harian Metro


Seorang guru sains dan matematik didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lapan pertuduhan melakukan kelucahan dan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki sejak 2014 hingga 2021. 


Tertuduh, Muhammad Nasution Noh, 49, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. 


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meransang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau di perumahan guru di daerah Kuala Krai pada jam 5 pagi, 24 November 2014. 


Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan (Akta 574), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang tiga tahun, maksimum 15 tahun dan sebatan. 


Bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang sama di perumahan guru di daerah Kuala Krai dan sebuah rumah di Melor, Kota Bharu antara jam 11 malam hingga 3 ptang di antara 11 Mac 2016 hingga April 2021. 


Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (AKta 574), sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun hingga 20 tahun dan sebatan. 


Bagi pertuduhan kelapan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang sama di sebuah rumah di Gunong, kira-kira jam 5 pagi pada 6 November 2021. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun. 


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya AHmad Fariz Abdul Hamid tidak menawarkan sebagai jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukannya itu adalah serius. 


Bagaimanapun, peguam tertuduh, Muhammad Hasif Hassan, memohon mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan kerana perlu menyara/menjaga isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah. Selain itu, Muhammad Hasif memberi jaminan tertuduh tidak akan mengganggu saksi dan tidak akan lari kerana menetap serta bekerja di daerah itu. 


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/04/guru-lakukan-persetubuhan-luar-tabii.html
Previous
Next Post »