'Eeww!' Penjaja jalanan kantoi simpan stok buah jeruk dalam longkangF

Foto Kosmo


Tindakan peniaga jalanan menyimpan bekalan buah jeruk di dalam longkang dan kawasan longgokan sampah terbongkar ketika Polis Johor menjalankan Ops Khas Peniaga Jalanan di sekitar Johor.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, operasi yang dijalankan sejak awal Mac hingga hari ini telah mengeluarkan enam saman ke atas pemilik perniagaan dan penjaja. 


Pemeriksaan pada 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan mendapati, ada penjaja yang menyimpan dan menyorok bekalan makanan yang dijaja di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. 


Polis percaya kegiatan itu didalangi oleh sindiket dengan mengupah warga asing untuk menjalankan aktiviti menjaja di jalanan bagi mengaut keuntungan dengan jalan mudah. 


M Kumarasan menegaskan, aktiviti menjaja di jalan awam merupakan kesalahan yang jelas dan melanggar peraturan dan undang-undang. 


Mana-mana individu yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 di bawah Kaedah 10A(1) dan Kaedah 10A(2) LN 166/59. 


Sumber: Kosmo



source https://www.thereporter.my/2022/03/eeww-penjaja-jalanan-kantoi-simpan-stok.html
Previous
Next Post »