'Ada ke gomen masuk kerja jam 10 pagi?' - Netizen bengang karpet merah disediakan untuk MB Johor di hari pertamanya masuk ke pejabat



Setelah berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Menteri Besar baharu yang dilantik, Datuk Onn Hafiz Ghazi mula masuk ke pejabatnya pada Rabu, 16 Mac lalu untuk memulakan tugas. 


Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadapnya selepas portal Malaysia Gazette memuat naik video sekumpulan pekerja sedang menyediakan karpet merah untuk menyambut kedatangan cicit On Jaafar itu. 


"Persiapan menyambut Menteri Besar ke-19, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dijangka 'clocking' jam 10 pagi yang akan memulakan tugas di hari pertama beliau sebagai Menteri Besar Johor," kapsyen pada video berkenaan. 



Ada dua perkara yang membangkitkan kemarahan netizen iaitu penyediaan karpet merah yang jelas sekali tiada keperluan untuk berbuat demikian dan masuk kerja lewat sedangkan penjawat awam diarah masuk ke pejabat selewat-lewatnya jam 9 pagi. 


"Hari pertama masuk kerja pun kena sediakan karpet merah? Mereka diundi untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya rakyat berkhidmat untuk mereka! Layan sebegini hanya berlaku di Malaysia, betul-betul bangang!" kata David Wong. 


"Nak buat apa karpet merah itu semua? Dia menang pun atas risiko rakyat yang keluar mengundi masa Covid, keluarkan perbelanjaan untuk balik mengundi, tiba-tiba dapat hasil tu, karpet merah la bagai. Hasil kerja pun tak proven lagi. Cukup-cukuplah mengagungkan orang besar-besar ini," kata Amni. 


"Sebelum mengundi, datang jumpa rakyat raih undi. Selepas menang, rakyat datang bentang karpet merah. Ada ke kerja gomen masuk jam 10 pagi?" soal Jebat. 


"Kenapa dia masuk kerja jam 10 pagi? Flexi hour pun sampai jam 9 je. Baru first day dah datang lambat. Tak boleh dibuat contoh," kata Indah Basyirah. 


"Semua ahli poilitik ini diundi sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat. Kenapa ada yang cuba menjadikan mereka sebagai VVIP? Budaya ini patut diubah," kata Ken. 


"Hari pertama masuk kerja sebagai ketua penjawat awam negeri pun dah lambat. Jam 10 pagi baru nak thumbprint. Patutlah yang bawahan pun ikut sama," kata Muhammad Aizzat. 


Apa pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di Facebook dan Instagram The Reporter.


Sumber: World of Buzz, Twitter Malaysia Gazette



source https://www.thereporter.my/2022/03/ada-ke-gomen-masuk-kerja-jam-10-pagi.html
Previous
Next Post »