'Saya tiada niat nak bunuh dia' - Berang dihalau keluar dari rumah, suami racun isterinya dengan racun tikus



Seorang lelaki berusia 45 tahun mengaku meracuni isterinya kerana sakit hati. Suspek yang berasal dari Dusun Kemuning, Jawa Timur, Indonesia mengaku meletakkan racun tikus dalam bekas serbuk kopi yang ada di warung milik isterinya, Ponisri, 47. 


"Saya sakit diseksa isteri. Dia menghalau saya, saya tidak ada tempat tinggal. Selama 23 tahun tak pernah jadi begini," kata Samiro Putra, 45. 


Samiro mengaku serbuk racun tikus itu telah dibelinya sejak dua bulan lalu untuk kegunaan meracun tikus di hutan. Racun tikus itu kemudian dicampur dengan sisa serbuk kopi dalam bekas tersebut. 


"Lebih kurang dua bulan (dah beli racun tikus) untuk saya guna racun tikus di hutan. Bakinya ada di motosikal. Saya tiada niat nak membunuh dia (isteri), cuma nak beri pengajaran. Nak racun sedikit tetapi serbuk kopinya habis," katanya. . 


Suspek mengaku kecewa dengan isterinya dan hanya berniat mahu memberi pengajaran dengan memberinya serbuk racun tikus. Katanya lagi, mereka sudah tidak lagi berhubungan seperti suami isteri sejak tiga tahun lalu.


Samiro mengaku menyesal dengan perbuatannya itu kerana bukan hanya isterinya yang menjadi mangsa, malah jiran-jirannya turut terkesan.


Sumber: Berita Jatim



source https://www.thereporter.my/2022/03/saya-tiada-niat-nak-bunuh-dia-berang.html
Previous
Next Post »