'Anak autisme, speech delay ada kaitan dengan gangguan jin' - Ustazah Nazirah

Foto Hiasan


Tindakan seorang ustazah mengaitkan kanak-kanak yang menghidap autisme dan speech delay dengan gangguan jin, mengundang kecaman netizen di media sosial. 


Ustazah Nazirah Abd Rahim melalui Facebooknya memuat naik kenyataan, "Anak autisme, speech delay ada kaitan dengan gangguan jin.


"Jin mengganggu dan mendatang penyakit pada anak-anak ini kerana mereka lemah," tulisnya tanpa menyertakan sebarang penjelasan dan bukti kukuh. 




Berdasarkan biodatanya, ustazah itu merupakan pengusaha tadika, pendakwah bebas dan perawat rawatan Islam serta mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 


Bagaimanapun kenyataannya itu disanggah oleh pakar psikiatri UIAM, Dr Rozanizam Zakaria. 


"Posting ustazah ini sangat tidak tepat dan melanggar disiplin ilmu. Berbahaya bagi ibu bapa di luar sana yang salah faham, prejudis terhadap anak-anak autisme dan seluruh terapis yang bekerja siang malam membantu anak autisme. Harap posting ini ditarik balik," tulisnya. 


Hal yang sama turut menarik perhatian Public Health Malaysia yang meminta ustazah berkenaan berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan stigma terhadap golongan anak-anak autisme. 



"Besar sungguh dugaan ibu bapa dengan anak-anak autisme. Bermacam-macam tohmahan terhadap mereka. Ada yang kata tidak pandai menjaga anak, ada yang kata akibat beri terlalu banyak gajet dan terkini dikaitkan dengan gangguan jin. Kami bersolidariti kepada ibu bapa yang terkesan dengan dakwaan ini," kata Public Health Malaysia. 


Netizen juga mengecam wanita berkenaan yang menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik kenyataan tanpa menyemak fakta mengenai austisme dan speech delay. 


"Astagfirullah hal azim. Semua nak salahkan jin. Menangis jin baca statement ustazah. Semua benda nak salahkan jin, mujur jin tak mengamuk," kata netizen. 


"Anak autism, jin yang kena fitnah? Ustazah.. ustazah. Saya ada anak autism + hiperaktif, Alhamdulillah kami besarkan anak syurga kami sendiri. Alhamdulillah juga anak kami sangat lain dari yang lain. Jangan esok lusa ustazah dapat anak autism salahkan jin pula ye," kata Zira. 


"Rasanya yang berkata ini patut direndam kepalanya dalam kolam. Ada ke kata gangguan jin. Sekolah pondok mana la dia belajar ni?" kata Liayana. 


Sumber: FB Ustazah Nazirah Abd Rahim, FB Publich Health



source https://www.thereporter.my/2022/03/anak-autisme-speech-delay-ada-kaitan.html
Previous
Next Post »